Monday, January 15, 2007

APRESIASI NOVEL JIAN

TAJUK: JIAN
KARYA: MUHAMMAD FADLI AL-AKITI
TERBITAN: DBP (2004)
HALAMAN: 238
HARGA: RM9
ISBN: 9836283943


Aku mulakan ruangan ini dengan memberi satu dua pendapat tentang novel fiksyen-sains JIAN karya Muhammad Fadli Al-Akiti.

Aku rasa ramai juga yang garu kepala mendengar nama itu. Dia adalah seorang penulis muda yang sedang meningkat naik (aku rasalah). Terkenal dengan blog tontonfilem serta aku kagum dengan usaha blog kububukunya. (Ya, sekarang kamu semua tahu dari mana idea blog buku ini aku dapat).

Malaysia kekurangan novel-novel fiksyen-sains dan fantasi yang menarik, unik dan hebat. Ada beberapa novel dalam genre ini aku baca tapi banyaknya menulis kerana mahu ambil hati para juri. Novel yang menggunakan formula sayembara. Dengan elemen stereotype ‘memertabatkan bangsa Melayu’ seperti hero yang punya jati diri kuat, elemen propaganda budaya yang tidak diolah untuk kasi nampak tak campy serta banyak lagi.

Sekurang-kurangnya JIAN tidak begitu. Karakter utamanya, Dr. Amrin tidak bersyarah pasal nak memertabatkan bangsa Melayu sepanjang masa. Aku tak tolak propaganda atau sebarang benda nak menaikkan budaya, tapi cubalah olah dengan kreatif. Kasi nampak manja sikit dan lebih senang untuk orang hadam.

Dalam JIAN, karakter Dr. Amrin didatangi oleh Dr. Razak yang mengajaknya pergi ke satu daerah terasing bernama, err...Jian di Pahang. Ada satu insiden ngeri berlaku pada tahun 1984. 4 orang doktor (termasuk Dr. Amrin) pergi ke situ untuk membongkar apa yang sebenarnya telah berlaku. Mereka bertapak di situ dengan sebuah klinik. Orang kampung, ada sesetengahnya yang ragu-ragu dengan kehadiran orang asing ini. Biasalah, perangai Melayu. Maka bermulalah rentetan insiden seperti konspirasi rahsia kilang sabun di situ, penemuan lokasi kejadian ngeri yang pernah berlaku pada tahun 1984, berkenalan dengan beberapa mangsa yang terkena virus serta banyak lagi.

Aku nak komen pasal bahagian awal cerita yang agak kelam kabut dengan munculnya begitu banyak karakter-karakter. Aku jadi kalut untuk mengingati satu persatu nama. Transisi perkenalan itu agak cepat sampai buat aku terpaksa selak ke belakang balik beberapa kali kerana terkeliru ‘siapa mamat ni, ‘siapa minah tu’. Tapi perkenalan begitu banyak karakter itu amat perlu sebab mereka semua ini bakal terlibat dalam ‘kegilaan’ yang berlaku pada akhir cerita.

Aku difahamkan bahawa cerita ini mula ditulis pada usia beliau belasan tahun. Maka ada terdapat beberapa bahagian yang agak buat aku rasa ‘ini bukan gaya tulisan Fadz’ yang biasa aku baca. Aku juga difahamkan ada terdapat bahagian yang dicantas oleh editor kerana, satu sebab utama terlampau ganas. Cantas itu menjadikan ada beberapa babak yang aku kurang dapat menghayati. Tapi yalahkan, pembunuh di luar sana tu baca novel-kan, takut mereka terpengaruh dan lepas baca novel terus kapak kepala orang. Tanya semua penjenayah di dalam penjara tu, mesti mereka semua tu kaki baca novel kan?

Satu benda yang buat aku teruja adalah zombies. Whoa! Ada zombies dalam novel Melayu. Jarang benar kita boleh baca cerita zombies Melayu (selain dari karya pop-seram Tamar Jalis). Kira inspirasi Romero tu ada la juga (agaknya la). Selalu aku nampak imej muka bukan melayu terperangkap dalam satu bangunan yang sudah dikepung dengan zombies, kali ini aku membayangkan muka Melayu dan Cina dalam situasi itu. Cukup menarik.

Satu lagi elemen utama dalam JIAN adalah olahan fakta selari dengan perkembangan cerita. Terutamanya perihal bidang perubatan. Adunan fakta ini aku kira dibuat dengan kemas. Tak ada lah nampak sangat Fadli nak sumbat segala benda yang dia tahu. Penerangan sesuatu fakta itu juga agak jelas (walaupun ringkas) terutamanya untuk orang yang tak sekolah tinggi macam aku. Antara kelainan yang ditawarkan oleh sesetengah fakta itu digubah dalam bentuk gambarajah. Aku suka juga dengan msiteri kod binari itu. Nampak Fadli berusaha keras untuk mencetuskan idea sedemikian rupa.

Keseluruhannya, JIAN menawarkan satu fiksyen yang agak berbeza dari banyak fiksyen propaganda Melayu yang lain. Ada lubang sana sini, tapi aku rasa menjelang novel berikutnya, Fadli Akiti sudah punya kelebihan untuk menakluk dunia fiksyen sains Malaysia (bodek gila babi punya).

MANA BOLEH BELI:
Kedai Buku DBP/Dawama
KINOKUNIYA
Laman web Dawama

4 comments:

bicaraskrip said...

aku tgh baca Jian haf-way! then novel ko Aliya Elyana ko masuk line! so to be fair, aku baca selari, serentak, seiring-sejalan! nnti dh abis, aku rebiu dua2..

*bodek tahap cipanze!! ha ha ha!

star said...

Salam sejahtera,

Aku baru saja habis baca JIAN jam 2.30 pagi tadi. Petang tadi beli.

Bagi aku satu cerita sains fiksyen Melayu yang menarik sebab fakta benar dari segi perubatan khususnya. Jalan cerita kompleks tetapi semua ada kaitan. Aku dapat bayangkan Cikgu Maizatul tu cun dan manja :)

SILZACK KHAIROL said...

JIAN... hmmm. nak beli kat ne ye???
I nak baca lah... boleh?

fadz said...

Cikgu Mai mmg cun, fantasi masa kecik2 tgk cikgu2 cun kat sekolah..


opsssssssss!!1


rupanya NAzri ada tulisan ulasan!! awat aku x tau!!!!!!

terima kasih atas ulasan!!